Tuesday 20 December 2011

Sinopsis PMR !

Ha ! lagi info tentang PMR . Aku memang suka bagi sejarah tentang apa-apa yang aku post , so , have fun reading it ! Walaupun x fun , buat-buat lar fun ea . hek3 . .
Penilaian Menengah Rendah atau PMR adalah peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran atau SRP.
Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.
PMR terbuka kepada pelajar Tingkatan Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Para pelajar wajib mengambil tujuh mata pelajaran asas iaitu:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Sejarah
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam(hanya pelajar Islam)
Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu subjek bahasa di antara bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan Bahasa Iban.

No comments:

Post a Comment