Monday, 19 December 2011

Sinopsis cinderella !

Amek ko pangjangnya sinopsis ! aku copy ja . . hek 3 . . saja lar . . pengetahuan am . hotak ko ! hek3 . .
sapa yag rajin baca . . tak rajin . . tengok . . alar. .  sat ja pon nak baca . x caya ? try baca !


Versi yang paling terkenal menceritakan tentang seorang gadis yang tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya yang jahat. Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan cantik. Tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia. Dan sepeninggal ayahnya dia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari dia diseksa, dengan cara disuruh mencuci piring, mengemop lantai dan melayani mereka. Walaupun begitu Cinderella tetap percaya bahawa suatu hari dia akan hidup bahagia. Suatu hari, seorang putera raja ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta dansa besar di istana, tetapi Cinderella tidak diizinkan untuk ikut. Tetapi, pari-pari datang dan menolongnya. Cinderella pun ditukar menjadi seorang puteri cantik. Di istana, si putera jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya berdansa. Cinderella jadi lupa, bahawa dia tidak boleh pulang lebih dari jam 12, kerana pada jam itu semua sihir pari-pari berakhir. Terdengar bunyi loceng pukul 12 terdengar, Cinderella segera berlari. Tanpa disedari, sebelah sepatu kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Si putera memungutnya, dan mengumumkan barangsiapa kakinya muat dengan sepatu itu, siapapun dia, akan dia jadikan isteri. Namun, sepatu itu tidak muat di kaki sesiapa yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella lalu ikut mencuba, dan kakinya muat! Cinderella akhirnya menikah dengan Putera dan hidup bahagia selamanya.

No comments:

Post a Comment