Monday 26 December 2011

My Girlfriend Is A Gumiho

My Girlfriend Is A Gumiho

Yo! tak tau nak update apa tapi nak  update gak!
hegeh-hegeh Malaysia betul.
Nampak tak tajuk post tu?? Ha! Aku suka sangat2 cerita tu!
cerita tu sweet+romantik^^
memang dibuai mimpi larh kalau tengok cerita tu. . . haha. . .


Peace:]

Ha! yg kanan tu Dae-Woong
yg kiri tu Mi Ho
comell x Mi Ho??
dalam cerita tu diorang ni kapel
cehh. . . wat macam aku sorang tengok cerita ni


wo! muka garang Mi Ho bila bertukar jadik Gu Mi Ho(rubah berekor 9)


hekhek. . . Mi Ho ni memang suka peluk Dae Woong
x kira lar kat mana pon
sebab dia memang sukakan Dae Woong
sebab tu Mi Ho ni yg asalnya rubah nak jadik manusia
dia harap bila dia jadik manusia
Dae Woong akan sukakan dia

p/s:kita sbg Muslim x leh peluk2 camtu tao :]

haih... ngantuk dah nak cerita...
nanti sambung lagi

to be continued....haha....

Thursday 22 December 2011

Alhamdulillah :p

PMR 8A


Assalamualaikum . . syukur ke hadrat ilahi akhirnya berakhir juga penantian aku
menunggu result PMR. And guess what? Aku berjaya dapat 8A.
Gerenti kanak-kanak PMR satu Malaysia mengupdate blog masin-masing
pasal result. Sama lar ngan aku.


Sekolah aku iaitu SMK Sultan Badlishah, seramai 192 calon mendapat straight's A.
Woah! I'm proud to be badlishan. 192 calon daripada 262.
Kemeterian Pelajaran Malaysia juga
mengumumkan tahun ini merupakan tahun yang terbaik berbanding
tahun-tahun lepas. Syabas batch 1996!


p/s:Slip yang kat atas tu x ori. hehe . . Maklumlah x da camera nak upload gambar real
so aku curi ja kat google.

Tuesday 20 December 2011

Sinopsis PMR !

Ha ! lagi info tentang PMR . Aku memang suka bagi sejarah tentang apa-apa yang aku post , so , have fun reading it ! Walaupun x fun , buat-buat lar fun ea . hek3 . .
Penilaian Menengah Rendah atau PMR adalah peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran atau SRP.
Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.
PMR terbuka kepada pelajar Tingkatan Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Para pelajar wajib mengambil tujuh mata pelajaran asas iaitu:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Sejarah
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam(hanya pelajar Islam)
Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu subjek bahasa di antara bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan Bahasa Iban.

PMR !

Ha ! click lar link yang kat bawah tu ! apa tu PMR ? tak kan x tao . . Peperiksaan Menengah Rendah !
hehe . . semua orang tau ! aku sebagai salah seorang calon PMR turut merasa kehangatan result yang akan keluar 22 HARIBULAN INI ! hehe . . hightlight sket . semua orang . . serata dunia . . cehh . . Malaysia ja mesti bercakap pasal PMR ni . apa-apa pon aku mendoakan semua calon mendapat 8A ! kasi gempak sikit Malaysia!

aku nak 8A dalam PMR !

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara

Insomnia lagi !

insomnia !

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakangangguan tidur.
 Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanankebimbanganubatherbakafeina,kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari SEBAB yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Aku tak boleh tidur SEBAB apa ? aku sendiri pun tak tau . angau tengah2 malam kot !
haha !

Insomnia ni ada beberapa jenis . hak ala . . da pulak jenis nya . . layan ja larh !



  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

Monday 19 December 2011

Sinopsis cinderella !

Amek ko pangjangnya sinopsis ! aku copy ja . . hek 3 . . saja lar . . pengetahuan am . hotak ko ! hek3 . .
sapa yag rajin baca . . tak rajin . . tengok . . alar. .  sat ja pon nak baca . x caya ? try baca !


Versi yang paling terkenal menceritakan tentang seorang gadis yang tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya yang jahat. Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan cantik. Tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia. Dan sepeninggal ayahnya dia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari dia diseksa, dengan cara disuruh mencuci piring, mengemop lantai dan melayani mereka. Walaupun begitu Cinderella tetap percaya bahawa suatu hari dia akan hidup bahagia. Suatu hari, seorang putera raja ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta dansa besar di istana, tetapi Cinderella tidak diizinkan untuk ikut. Tetapi, pari-pari datang dan menolongnya. Cinderella pun ditukar menjadi seorang puteri cantik. Di istana, si putera jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya berdansa. Cinderella jadi lupa, bahawa dia tidak boleh pulang lebih dari jam 12, kerana pada jam itu semua sihir pari-pari berakhir. Terdengar bunyi loceng pukul 12 terdengar, Cinderella segera berlari. Tanpa disedari, sebelah sepatu kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Si putera memungutnya, dan mengumumkan barangsiapa kakinya muat dengan sepatu itu, siapapun dia, akan dia jadikan isteri. Namun, sepatu itu tidak muat di kaki sesiapa yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella lalu ikut mencuba, dan kakinya muat! Cinderella akhirnya menikah dengan Putera dan hidup bahagia selamanya.

Cinderella !


aku aku larh cinderella . . cinderella . . lalala . . hahax . . cinderella . . hidup bagaikan puteri. . . memang dia puteri pon . pastu kahwin ngan anak raja . ni semua impian budak2 perempuan time kecik dulu .
ha ! aku la tu .haha  . . tapi sekarang dah besar . . mimpi ja larh ko ni ! satgi tidoq nak mimpi putera raja ! haha ! syoknya ! #gedikgilaang ! hek3 . .

Beware of insomnia !

takutnya !


hahaha  . . . agak2 macam ni la muka aku bila tak boleh nak tido !
menakutkan la jugak . dah habis satu katil aku guling2 . . tetap tak boleh nak tidor .
gggrrrrr ! tolong jangan tiru aksi di atas ! anda boleh membuatkan seseorang mati terkejut melihat anda .
haha ! aku nak merapu dah la ni . .
insomnia !


warghhhhhh !!!! aku  tak boleh nak tidor ! dah kena penyakit insomnia ka apa ?
tapi ini lah realiti nya . aku tak boleh nak tidor . even aku masuk tidor awal pon ,
tetap tak boleh nak tido . problem2 . . semua cara aku dah try .
termasuklah mengira kambing biri-biri masuk ke kandang . hek3 .  .

senyum sokmo !



senyum sokmo


senyum . . . tak perlu kata apa-apa . . .
ngee ! hmm . . dah siap dah pon blog ni . .
tapi . . x sehebat blog orang lain . .
sja aku buat untuk meluahkan perasaan . . ngee !
tengok orang lain ada blog iri hati gak lar . . hek3 !
yang tu ja lar . . adios !



December

DECEMBER
2011 . . bulan December . . tak da apa-apa yang nak
diceritakan . . saja-saja nak update blog ! ^^